-->

Dark QueeN

Welcome Dear!let's begin the story

Sunday, 18 March 2012

CINTA REMAJAKU :)

Cinta diawal umur nihh siapaa yang tak pernah alami? Kadang-2 orang panggil Cinta sementara or Cinta monyet? Haha biasalah tuhh. Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya :) Aku? Aku pun pernah alami bersama seseorangg yang bernama EMIER DANIEL, 14, wira damai /  Putus cinta? atau dikenali remaja sekarangg sebangai BREAK biasalahh, nama pun cinta sementara kann? Tujuan? Pda aku bagi lelaki mungkin dia hanya mahukan untuk pelepasan nafsu mereka jika hubungan tidak terkawal Dan pada perempuan juga mungkin mahukan tunjuk yang dia laku pada lelaki. Fakta kebanyakkan perempuan mahukan pasangan mereka yang kaya, handsome, bergaya dan hot. Tapi sesetengah pasangan mungkin hanya mahu berkongsi kehidupan diawal umur mereka :) Wujudnya bercinta? Mula-2 berkawan, rapat-2, dah mula lepak sanasini, sampai satu hari mula lahh perasaan yang digelar sayangg <3 Bercinta atau digelar COUPLE nihh, ikutkan islam memangg haram jikalau bertujuan maksiat. Dalam hubungan perlu ada kejujuran, kepercayaan, kesetiaan DLL. Kauorang rasa apasal perlu adaa semua tuhh? Mungkin mereka akan berfikir akan takut tidak kekal lamaa? Hadoyy mehh kite nak kongsi sikitt...
#CopyPaste  http://www.ideariza.com/sosial/punca-hubungan-tak-kekal 

Punca Hubungan Tak Kekal

Posted by Rizash on June 17th, 2011
42Share
Alamak, baca saja tajuk di atas, mungkin ada yang tepuk dahi dan yang mengerutkan kening, risaukan status hubungan. Yalah, macam tajuk di atas, tiada siapa yang dapat menjamin hubungan anda dengan pasangan anda akan kekal, dan yang paling penting, kekal bahagia hingga ke hujung usia. Walau apapun yang anda fikirkan sekarang, lebih baik anda dengarkan apa yang saya ingin katakan ini. Itupun jika anda mahukan hubungan yang berterusan. Jadi kawan, mengapa hubungan tak kekal?
1. Niat
Kalau dah memang niat tak ingin bersama selamanya, maka tak hairanlah cinta separuh jalan saja. Lalu anda tertanya-tanya, “Niat saya memang ingin kekal bersama, tapi kenapa putus juga?” Memanglah. Itu kata anda. Tapi dia macam mana pula? Lagipun, hubungan yang kecundang bukan kerana niat saja. Ada lagi yang perlu diambil kira. Ha, Teruskan baca.
2. Tak Serasi
Banyak yang perlu kita ambil kira dalam soal keserasian antara dua pasangan. Latar belakang pendidikan, pekerjaan, taraf kehidupan, kepercayaan, dan personaliti adalah antara perkara yang perlu kita fikirkan dalam mencari pasangan. Ada yang kata, biasanya pasangan itu berlawanan dan memang bagus begitu. Kalau si suami pendiam, si isteri banyak cakap. Kalau si isteri penakut, si suami pula berani orangnya. Lebih kurang macam itulah. Tapi percayalah, PERSAMAAN itu penting. Perbezaan yang wujud antara anda dan pasangan haruslah perbezaan yang saling melengkapkan kekuatan hubungan. Suatu perbezaan yang BERKUALITI. Bagi saya, biar banyak PERSAMAAN jangan banyak PERBEZAAN.
3. Kurang Perhatian
Pada sesiapa yang rasakan sedang bercinta, tolonglah beri PERHATIAN. Perhatian pada siapa? Sudah tentulah pada kekasih hati anda tu. Apalah ertinya cinta dan bercinta tanpa adanya perhatian. Bak kata orang putih, being caring is so important. Jadi, adakah pasangan anda seorang yang caring? Bagaimana dengan anda sendiri? Apa yang boleh saya katakan, orang yang merasakan kurang diberi perhatian akan mencari dan meminta perhatian dari orang lain. Saya harap anda faham maksud saya.
4. Kurang Kepelbagaian
Hubungan cinta tidak bermakna anda harus menjadi jiwang setiap masa. Tidak salah jika anda ingin meluahkan betapa kasih dan cintanya anda pada si dia. Tapi percayalah, jika anda tiada topik lain yang ingin dibincangkan selain soal hati dan perasaan yang masing-masing sudah pun tahu, lama-kelamaan anda akan rasa bosan. Jika anda masih tidak bosan, mungkin si dia yang tak tahan. Samalah juga sekiranya apa yang berlaku antara anda dan dia adalah sesuatu yang sama yang berlaku secara berulang-ulang. Psikologi manusia, apabila didedahkan dengan sesuatu yang berulang, lama-lama jadi muak dan jelak. Tak salah jika anda berdua ada rutin sendiri. Tapi, jangan lupa untuk menyuntik perkara-perkara baru dalam hubungan anda sama ada aktiviti baru, topik perbincangan yang baru dan sebagainya. Semoga, hubungan cinta anda menjadi lebih fresh dari biasa.
5. Ego
Kalau sudah namanya manusia, tidak kiralah lelaki atau perempuan, ego itu pasti ada. Apa yang membezakannya adalah sama ada ego itu tinggi atau rendah. Kata orang, ego lelaki lagi tinggi dari perempuan. Tapi ada juga dalam percintaan di mana orang perempuan lebih ego dari si lelaki. Walau apa pun kebenarannya, nasihat saya, ego biarlah bertempat. Mempunyai ego bukan satu kesalahan. Itu memang sudah semulajadi. Apa yang salah adalah mempunyai rasa ‘macam bagus’ dalam diri yang menyebabkan ego itu tinggi. Orang yang rasa ‘macam bagus’ ini biasanya tidak mahu mengaku kelemahan diri. Jadi, anda pun mungkin sudah tahu orang macam ini tidak makan nasihat. Entah-entah nasihat yang anda berikan bukan menjernihkan keadaan tapi menjadikan hubungan anda dengan dia lebih keruh. Aduhai..
6. Tak Matang
Bercinta biarlah dengan orang yang matang dan yang paling penting, matang dalam percintaan. Kalau fikirannya pun masih kebudak-budakan lagi, apalah yang anda mahu harapkan darinya? Carilah yang matang, yang ada matlamat dan cita-cita. Hubungan percintaan bukan perkara main-main. Fizikal dan mental perlu diambil kira. Jika anda tidak bersedia, tangguhkanlah dulu hasrat untuk bercinta.
7. Mahu Kesempurnaan
Saya tak nafikan, kita mahukan yang TERBAIK dari pasangan kita. Kalau boleh serba-serbi kita mahu dia menjadi paling menarik, paling cantik, paling bergaya, paling tampan, paling ‘best’ dan bagus. Namun, anda harus cepat sedar bahawa, insan itu tidak sempurna. Kalau yang baiknya kita nampak, yang buruknya pun kita harus bersedia menerima. Ciri negatif yang ada pada pasangan itu bukan pula harus kita diamkan saja. Sebagai kekasih yang baik hati, anda perlu menegur dan memberinya nasihat yang membina. Dalam masa yang sama, tunjukkan padanya sikap anda yang positif. Mudah-mudahan usaha anda itu berjaya membantu dirinya mencipta perubahan diri yang positif. Ini baru namanya CINTA. Tolong-menolong dan bantu membantu itu harus ada. Jangan asyik merungut saja memikirkan kekasih hati yang tidak sesempurna seperti yang diharapkan. Kalau dapat anda cermin-cermin diri anda tu bagus juga. Yalah, mungkin anda akan sedar bahawa diri anda pun tidaklah sesempurna mana. Bagi saya, usahalah menjadi yang terbaik. Kalau tak dapat jadi sempurna pun, anda masih dapat menjadi yang terbaik.
8. Sensitif Tak Bertempat
Baik anda mengaku sekarang. Saya tahu anda orang yang sensitif. Malah setiap orang didunia ini pun SENSITIF. Orang yang tidak sensitif ini hanya orang yang tiada hati dan perasaan saja. Kalau anda mudah terasa hati, itu petanda bahawa anda normal. Apa yang jadi masalahnya sekarang, ialah jika anda terasa hati dan terlalu mengikut perasaan anda. Merajuk, menjauhkan diri, marah-marah, adalah antara tindakan mengikut hati yang mungkin terjadi jika anda mengikut kata hati dengan membuta-tuli. Ada juga kes-kes di mana dek kerana terasa hati dan sensitif tak tentu pasal, si dia mula beralih arah mencari insan lain. Kalau perkara yang menyebabkan dia terasa hati itu suatu yang amat memalukan dan menyusahkan hidup diri dan keluarganya tak mengapalah juga. Tapi kalau disebabkan terasa hati kerana ditegur dan diberi nasihat, saya tak tau nak cakap macam mana lagi.
Saudara dan saudari sekalian, saya mungkin benar-benar tak tahu siapa yang dapat menjamin kekalnya hubungan anda selain Tuhan, tapi mujurlah saya sedar bahawa orang yang bertanggungjawab dalam soal ini adalah DIRI ANDA sendiri. Apa tidaknya, segalanya bermula dengan pilihan. Maksud saya, pilihan yang anda sendiri tentukan, dari memilih pasangan, tindakan yang anda ambil bagi ‘mensejahterakan’ hubungan sehinggalah memilih untuk terus becinta atau berhenti sekerat jalan. Ya, saya mahu anda bertanggungjawab dengan diri sendiri dan jangan gemar menuding jari pada orang lain seperti dalam lagu “”Bangau Oh Bangau”. Jika anda merasakan anda sudah tersilap jalan, ambillah ia sebagai suatu pengajaran dalam kehidupan dan jangan sesekali merasa terseksa menyesali kesilapan anda. Saya percaya, untuk bertemu dengan orang yang betul, anda perlu berdepan dengan pelbagai cabaran. Itulah ‘harga’ yang terpaksa anda bayar untuk ditemukan dan lantas memiliki insan yang benar-benar diciptakan untuk anda.
Thanks for readingg :) 

Posted by BlaCk QueeN at 8:08 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

About Me

My photo
BlaCk QueeN
Hey guys ! i'm aqilah . people call me KUCENG ITAMM :D. that's my nickname :) who want to follow me , pleasure. if you'll want to know what did i like? i like kpop very much . so i'm felt sorry if my blog had many types of kpop image . I'm not perfect like you but Im try to be a perfect to you =) Aku hanya manusia biasa yang tidak boleh lari dari kesilapan. Tapi aku mencubanya untuk perbaikinya selagi aku masih bernafass.
View my complete profile

Followers

Blog Archive

  • ▼  2012 (26)
    • ►  April (2)
    • ▼  March (13)
      • Terasa DIABAIKAN ;'(
      • Hari karnival ^^
      • RESULT?
      • CINTA REMAJAKU :)
      • inginkan BAHAGIA?
      • LOST SOMEONE? It sokay :)
      • No title
      • Fav artis gila-2 aku ♥ _ ♥
      • saya PAPARAZI MEREKA =)
      • Copy Paste =>
      • ▲ LAGU BARU ▲
      • SELAMAT PAGI CINTA ♥
      • Enjoyyyyyyy!
    • ►  February (8)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (19)
    • ►  December (16)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
Cute Onion Club - Onion Head

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com
Copyright© All Rights Reserved AqilahZahidah OfficialBlog
Picture Window theme. Powered by Blogger.