Andainya esok aku pergi
Usahlah kau tangisi diri ini
Izinkanlah aku terus pergi
Kerana itu adalah ketentuan Ilahi
Andainya esok aku pergi
Aku mohon kirimkanlah doa nan suci
Agar aku bisa mengerti kasih suci
Bahawa kasihmu sesuci embun pagi
Andainya esok aku pergi
Mengertilah akan diriku ini
Bahwa hatiku tidak pernah sunyi
Kasih kalian sentiasa hangat disisi
Andainya esok aku pergi
Jangan kau putuskan doa buatku lagi
Kerana kasih tidak pernah mati
Kenangan tidak bisa ditukar ganti
Andainya esok aku pergi
Sedarilah wahai insani
Bahawa hidup ini bisa terhenti
Apabila tiba masanya nanti
Andai aku sudah tiada lagi
Jadikanlah semua yang pernah terjadi
Satu peringatan pada diri sendiri
Yang baik kita contohi
Yang buruk kita jauhi
Moga kan bertemu kasih nan abadi..

No comments:
Post a Comment