Adakalanya hati ini terlalu mudah tersentuh oleh usikan alam dan fatamorgana yang terbentang dimaya ini. Mengapa tatkala diri ini memerlukan seseorang yang hampir denganku, tetapi dia sering tiada. Mengapa! Hatiku sering menjerit kelukaan.
Mungkinkah adakalanya kita terlalu mudah terluka dengan sikap orang tersayang dikeliling kita atau mungkinkah aku yang terlalu mementingkan diri sendiri kerana terlalu mengharapkan mereka berada disisi disaat-saat seperti ini, Entahlah, kadangkala hati dan perasaan sering berkata adakah diriku ini diperlukan dalam hidupnya atau mungkinkah aku hanya mampu menumpang kasih disudut hatinya.
“Oh! Tuhan bimbingilah diriku ke landasan yang sepatutnya aku lalui. Jangan biarkan aku terus lena dibuai ilusi semalam yang menyakitkan dan melukakan hati ini. Sesungguhnya cintaMu terlalu agung dan suci..”
Entah mengapa aku diuji sering menanggung kesakitan sperti ini. Adakalanya aku begitu mengharapkan simpati pada insan yang ku sayangi. Tapi kerana aku memang berpenyakit, tapi dia menganggap perkara itu hanya perkara biasa sahaja. Makan ubat nanti baiklah. Sedangkan saat-saat beginilah aku amat memerlukan sokongan darinya. Aku sering mendengar kata-kata, “Allah berikan kita sakit kerana ingin menghapuskan dosa kita, kerana sayangkan kita lalu kita diuji dan andainya kita berjaya mungkin darjat kita akan diangkat tinggi.” Aku mengerti akan itu tapi adakalanya aku sendiri sudah tidak berdaya lagi. “Ya Allah bantulah diriku. Seandainya kehidupan inilah yang terbaik buatku maka panjangkanlah usiaku tapi seandainya kematian itu yang terbaik bagiku, maka matikanlah aku dalam kesudahan yang baik.”
Untuk seketika aku melihat wajahku didalam cermin. Terpandang olehku seraut wajah yang agak pucat dan layu dihadapanku. Tapi aku sembunyikan segalanya dengan sedikit solekan agar ianya tidak menampakkan penderitaan yang terselit dalam jiwaku. Aku lontarkan sudut pandanganku pula jauh-jauh menerobosi jendela di tepi sudut kamarku. Aku lepaskan semua keluhan yang bertahta dihatiku selama ini.
Dimana perginya sang kekasih apabila diri ini begini. Mungkin benar dia terlalu sibuk dengan tugas yang diamanahkan untuknya. Dan dima pula hilangnya sahabat setiaku yang sentiasa menemani diriku selama ini. Adakah mereka semua terlalu sibuk untuk melayani kerenahku ini. Bertitisan airmataku mengalir membasahi bumi. Aku merindui diri kalian saat ini. Mengapa hanya ucapan, “Jaga dirimu sayang. Jangan lupa makan ubat dan berehat,” sahaja yang ku terima dari kalian berdua,. Aku tak mahu hanya duduk berehat tapi aku mahukan kalian berada disisiku.
Aku kembali ke birai katilku lalu menghempaskan tubuhku yang layu ini. Ku cuba melelapkan mataku namun aku tidak mampu. Aku cuba mengingatkan saat-saat indah yang pernahku lalui bersamanya selama ini. Betapa aku amat menyintainya, merinduinya dan mengasihinya. Ah! Mengapa rindu ini sering menyapa tatkala keadaan tidak mengizinkan kami bersama. Masih tidak bisaku lupakan kata kata azimat yang terkeluar dari seraut bibirnya tatkala sidia mengucapkan “I love u sayang.” Akhirnya mataku terlelap juga akibat penangan ubat yang ku makan tadi.
Laungan azan subuh berkumandang begitu sayup kedengaran mengajak insan menunaikan kewajipan pada penciptaNya. Aku bingkas bangun dengan malas menuju ke kamar mandi untuk mandi dan berwudhu’. Selesai menunaikan solat dan bersiap, aku melangkah menuju ke dapur. Kelihatan mama agak sibuk memasak untuk sarapan kami sekeluarga untuk hari ini.
“Selamat pagi mama!,” tegurku pada seorang wanita separuh usia tapi masih cantik jelita bagi diriku.
“Selamat pagi sayang mama. Dah sihat ke ni? Alia nak ke pejabat juga ke? X mahu berehat lagi hari ni?”
“Alia bosanlah mama duduk terperap je dalam bilik tu. Beku fikiran Alia tau.”
“Macam tu ya sayang. Tak mengapalah. Tapi Alia kena janji dengan mama yang Alia harus sentiasa makan ubat ya. Mama tak mahu alia pengsan lagi macam kelmarin tu, ok. Sebenarnya Alia tu terlalu banyak bekerja dari berehat. Sebab tulah sakit Alia datang lagi.”
“Baiklah mama. Alia janji. Sayang mama.” Lalu sebuah kucupan sayang melekat ke pipi mamaku.
“Mari kita siapkan sarapan ni dan makan sama-sama. Nanti Alia tolong panggilkan papa sekali ya.”
“Baiklah mama.”
Selesai menyiapkan sarapan pagi itu, aku, mama dan papa menikmati hidangan mee goreng kegemaran kami sekeluarga yang dimasak oleh mama tercinta. Memang enak sekali masakan mama. Sentiasa kena dengan selera kami. Selesai makan, papa dan aku bergegas pula untuk ke pejabat.
“Alia nak drive sendiri ke atau nak ikut papa?” soal papa padaku lembut.
“Tak apalah papa. Biar Alia drive ok.”
“Jaga diri baik-baik ya sayang. Jangan pandu laju-laju.”
“Baiklah papa. Pergi dulu ya pa,” jawabku sambil bersalaman dan mencium tangan papaku dan terus berlalu.
Setibanya dipejabat aku memulakan tugas harianku seperti biasa. Baru sahaja aku membuka laptopku yang tersusun kemas diatas mejaku tiba-tiba aku dikejutkan dengan kehadiran jambangan bunga dihadapanku.
“Cik Alia. Jambangan bunga ni untuk cik. Tolong sain disini ya.”
Aku mencapai jambangan mawar merah yang dihulurkan lalu menurunkan tanda tanganku pada buku pemuda itu.
“Terima kasih ya.”
Aku membelek belek bunga itu sambil mencapai nota yang terlekat didalamnya. Belum sempat aku membacanya tiba-tiba Razman menyapaku dengan lembut. “Amboi, dapat bunga dari siapa tu sayang?”
“Eh! Man. Bila pula man muncul ni. Apa bunga ini bukan dari man ke?”
Razman hanya tersenyum melihat diriku yang mulai serba salah padanya. Lantasku buka nota itu. Di dalamnya tertulis. “Gembira melihat dirimu sihat semula sayang. Salam sayang Razman”
“Ish! Nakal la man ni tau. Buat takutkan Alia saja tadi.”
Razman tergelak kecil melihat keletahku yang agak menggelabah tadi. Mahunya tidak, kalau dibuatnya datang dari orang lain, habislah aku kan. Lagipun Razman ni jenis kuat cemburu juga orangnya. Yalah cemburukan tandanya sayang.
“Kenapa? Alia ada orang lain ke?” usiknya lagi.
“Ish apa yang man merepek ni,” getusku geram.
“Janganlah marah sayang. Man tahu Alia takkan kecewakan Man kan,” ujarnya lagi sambil merenung mataku. Cepat-cepat aku melarikan pandangan mataku dari bertembung dengan sepasang matanya. Aku tak sanggup menatap mata yang sentiasa membuatkan hatiku cair itu.
Selepas pagi itu, Razman berjanji akan menemuiku petang nanti untuk membawaku makan malam bersamanya. Ku rasanya sinar kebahagiaan mulai menampakkan wajahnya. Hatiku mula berbunga rindu dan sayang.
Jam menunjukkan ke angka 6 ptg. Hatiku kian berdebar-debar. Jambangan mawar merah yang ku terima pagi tadi ku cium dengan penuh kasih sayang. Buat seketika, aku bagaikan tidak berpijak dibumi yang nyata. Begitulah hebatnya percintaan yang terbina dari landasan kasih sayang dan keikhlasan ini.
Tiba-tiba telefon bimbitku bordering. Dari razman. “Mengapa pula harus menghubungiku sedangkan kami ingin keluar bersama sebentar lagi?” getus hati kecilku.
“Halo sayang. Maafkan man sayang. Man ada meetingla petang ni dan mungkin habis lewat. Kita postpond saja pertemuan kita petang ni ya sayang,” ujar Razman disebalik talian.
Aku hanya mendiamkan diri. Baru sebentar tadi melodi indah mula bersemi tapi kini berkecai lagi bersama sebuah kehampaan.
“Sayang, janganlah merajuk. Man tak sangka jadi begini. Maafkan man ya.”
Masih terdiam kaku. Tanpaku sedari airmataku tumpah lagi. Terlalu kerap sangat ianya terjadi. Setiap kali pertemuan yang diaturkan pastinya terganggu gugat oleh tugasnya lagi.
“Alia. Janganlah begitu. Man janji nanti man akan jumpa Alia dan kita keluar ya sayang.”
“Baiklah,” jawabku hampa.
Airmataku bergenang lagi. Sedih dan pilu mulai menyelubungi jiwaku. Mengapa sejak kebelakangan ini Razman terlalu sibuk hinggakan masa kami terlalu terhad. Apakah dia sudah tidak mengasihi diriku lagi.
Aku memecut keretaku keluar dari pejabatku menuju ke Taman Tasik Titiwangsa. Aku ingin melayani perasaanku sendiri. Aku benar-benar terluka kerana terlalu kerap perkara ini terjadi. Sampai bilakah harus aku membiarkan ianya berlaku lagi dan lagi. Ah! Lelaki itu memang kejam. Tidak bolehkan sekali sahaja dia carikan penggantinya untuk mesyuarat itu. Mengapa harus dia juga yang pergi. Mengapa tidak orang lain.
Aku lontarkan sudut pandanganku ke arah tasik yang terhampar dihadapan mataku. Air mataku menjadi teman setiaku hampir setiap waktu. Sedang aku melayani hatiku tiba-tiba aku dikejutkan oleh satu suara yang amat asing padaku.
“Kenapa saudari menangis? Apa yang mengganggu fikiran saudari? Boleh saya bantu?”
Aku mendongak ke arah suara itu. Kelihatan seorang pemuda yang berkulit sawo matang, tinggi lampai dan berperawakan menarik berada dihadapanku.
“Tak pe. Terima kasih sahaja. Saya taka pa-apa,” jawabku sambil mengesat mataku.
“Janganlah begitu saudari. Saya tidak berniat jahat pada saudari. Sejak tadi saya lihat saudari seakan melayani perasaan sendiri saja. Kalau bisa saya bantu saudari apa salahnya. Luahkanlah pada saya. Setidaknya ianya tidak menjadi beban untuk saudari nanti.”
“Tak apa saudara. Betul. Saya tak apa-apa.”
“Oh! Ya saya Yusri. Dan saudari?”
“Alia Qistina,” jawabku lemah.
“Oh sedapnya nama awak. Alia, janganlah asyik bersedih. Hidup kita ni kan masih panjang. Banyak yang bakal diterokai dan dilalui lagi. Kalau kita lemah semangat nanti kita takkan kemana.”
Dalam perkenalan yang agak singkat itu Yusri banyak memberi pedoman, kekuatan dan nasihat padaku. Ternyata lelaki itu sememangnya seorang yang amat matang dan berpengalaman dalam menjalani hari-hari yang berlalu. Dan dari situ juga dia menceritakan masalahnya dengan bekas isterinya yang tidak pernah putus. Tentang urusan anak-anaknya yang terpaksa membahagikan masa antara ibu dan ayah dan banyak lagi.
Dalam diam aku mengagumi kesabaran lelaki ini. Betapa hebatnya mendapat seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab sepertinya. Kenapa harus bekas isterinya meninggalkannya hanya kerana munculnya kekasih lamanya. Entahlah aku tidak berani untuk membuat sebarang spekulasi kerana aku tidak pernah berumahtangga lagi.
Semenjak pertemuan itu, Yusri sering menghubungiku dan bertanyakan perihal diriku. Dia sentiasa berikan aku sebuah kekuatan agar tidak lemah dengan apa juga situasi yang mendatang.
Dan Razman pula, walaupun masih agak sibuk dengan tugasannya namun dia tidak lupa untuk menghubungi diriku setidaknya selang sehari semata mata untuk mengucapkan rindu. Tapi memadaikah dengan hanya begitu sedangkan aku amat merinduinya.
Hari berlalu berganti minggu dan mingu pula berganti bulan namun pertemuan yang kami rancangkan masih tidak menjadi juga. Adakalanya ketika kami sedang menikmati hidangan bersama, dia dikejutkan dengan panggilan telefon untuk segera pulang ke pejabat. Dia sudah menjadi orang kesayangan Datuk Idham di pejabatnya. Ah! Persetankanlah dengan Datuk Idham itu. Dialah punca segalanya. Aku bencikan namanya… Benci.
Manakala Yusri pula tidak pernah jemu memberikan aku nasihat dan sedikit kekuatan. Dia sentiasa memujukku tatkala aku merasa keseorangan. Adakalanya aku merasakan yang Yusri lebih memahami diriku berbanding Razman. Tapi aku cintakan Razman. Dia cinta pertamaku.
Malam itu sewaktu aku sedang melayari internet didalam kamarku, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Yusri.
“Assalamualaikum Alia.”
“Waalaikumsalam. Oh! Yusri. Ada apa call alia malam-malam ni yus?”
“Akhirnya kes kami selesai Alia. Alhamdulillah. Anak anak Yus sekarang dibawah jagaan mamanya tapi seminggu sekali Yus boleh berjumpa dengan mereka. Sedangkan sebelum ni Yus langsung tak dapat menemui mereka kerana dihalang oleh ibunya.”
“Alhamdulillah syukurlah Yus. Mereka berdua sungguh comel kan. Alia suka tengok mereka tu.”
“Terima kasih Alia kerana memberikan semangat juga pada Yus.”
“Alahai Yus pun apa kurangnya. Yus yang banyak bagi Alia kekuatan selama ni berbanding dengan Alia pada Yus.”
“Apa pun Yus memang hargai sangat bantuan Alia selama ni.”
“Tak apa Yus. Kita kan sahabat.”
“Terima kasih sekali lagi Alia. Kadang kala Yus rasakan yang Alia ni …” perkataan itu terhenti disitu saja.
“Kenapa dengan Alia, Yus?”
Persoalan itu terhenti disitu sahaja tanpa ada jawapannya. “Tak apalah Alia. Hari dah lewat ni. Nanti kita sambung ya. Selamat malam. Assalamualaikum.”
Mengapa soalanku tidak dia jawab. Aku tak mengerti. Tapiku biarkan semua itu berlalu begitu sahaja. Selepas itu hari-hari yang ku lalui berlalu seperti biasa sahaja. Tiada apa yang istimewa berlaku dalam hidupku lagi.
Namun selepas panggilan itu Yusri tidak menghubungiku lagi. Mungkin dia juga sibuk dengan kehidupannya sekarang. Tapi tanpanya aku rasakan bagaikan ada sesuatu yang hilang pula. Aku tidak pasti apa, cuma aku rasa sepi tanpa kehadirannya. Dia mengajarku tentang erti kesabaran dan kekuatan. Tapi kini dia pula seakan menghilangkan diri. Mengapa? Apa salahku?
Satu hari aku gagahi diri cuba menghubunginya. Berdebar-debar pula hatiku ingin menghubunginya kali ini. Kenapa dengan diriku ini? Kenapa harus aku takut untuk menghubunginya. Peluh dingin menitis ke bumi. Setelah nada panggilan berbunyi aku lekas-lekas mematikannya. Aku jadi kalut. Kenapa harus ini berlaku padaku. Debaran dadaku berbunyi kencang.
Belum sempat debaran itu berakhir, tiba-tiba telefonku pula berdering. “Alamak Yusri menghubungiku kembali. Nak angkat ke tidak ni,” getus hati kecilku. Jantungku bagaikan ingin terhenti saat ini. Kenapa aku jadi kalut begini. Selalunya perasaan ni hadir sewaktu bersama Razman dahulu. Aku semakin buntu jadinya. Akhirnya aku jawab juga panggilan itu.
“Assalamualaikum Alia.”
“Waalaikumsalam. Ya Yusri.”
“Kenapa Alia buat miscal tadi. Alia dah habis kredit ker?,” usik Yusri sambil tertawa kecil.
Nasib baik dia menyoal begitu padaku. Selamatlah aku kali ini.
“Haah.. iya maaf susahkan awak sahaja. Saya kehabisan kredit ini. Tak sempat nak isi semula.”
“Oh! Begitu. Tidak megapa, nanti Yus hantarkan pada Alia ya.”
“Eh! Tak perlu. Nanti Alia beli sendiri dikedai. Terima kasih saja. Yusri apa khabar?”
“Baik Alhamdulillah. Alia sihat?”
“Alhamdulillah. Kenapa lama Yusri tidak hubungi Alia. Yusri sibuk ya.”
“Oh! Sedar juga Alia ya. Memang sengaja Yus tidak menghubungi Alia seperti biasa. Kenapa? Alia rindu pada Yusri ke?”
Tersentak jantungku bila soalan itu diutarakan. Tapi aku cuba berbuat seperti biasa. “Rindu juga Yus. Kenapa sahabat tak boleh merindu ke?”
“Boleh tak salah pun Alia. Beruntung Yus bila mendengar Alia rindukan Yus tau.”
Alahai kenapa pula dia berkata begitu padaku. Aku meneruskan perbualan dengan nada berhati-hati agar dia tidak mengetahui perasaan dan debaran hatiku saat itu. Aku cuba memendekkan perbualan antara kami kerana perasaanku makin dihimpit kegelisahan tatkala ini.
Aku semakin buntu. Mengapa rindu tiba-tiba mengetuk pintu hatiku padanya. Mengapa harus dia. Mengapa tidak pada Razman. Sedangkan aku sudah mulai terbiasa tanpa Razman disisiku. Semuanya atas bantuan Yusri tapi sekarang perasaanku mulai beralih arah. Adakah aku sudah mulai jatuh hati pada lelaki itu. Oh! Tidak. Tak mungkin itu yang telah berlaku. Aku cintakan Razman. Tapi mengapa hatiku berkata lain. Mengapa mulut dan hati bercanggah rasa. Oh! Tuhan tolonglah aku.
Malam itu aku menerima kejutan sekali lagi apabila Razman memberitahuku yang dia telah berbincang dengan ibunya untuk menghantar rombongan meminangku pada bulan depan. Sekali lagi aku kalut. Apa yang harus aku lakukan? Perasaan makin bercampur aduk. Sepatutnya aku gembira tapi sebaliknya pula berlaku. Mengapa dengan diriku ini. Mataku tidak boleh lelap di sepanjang malam itu. Perasaanku bertambah kusut sekarang.
Keesokan harinya, aku cuba menghubungi Yusri. Aku menceritakan segala-galannya pada dirinya. Dan dia berjanji akan menemuiku selepas waktu pejabat nanti. Hatiku tiba-tiba berbunga riang dengan pertemuan yang dirancang itu.
Petang itu kami bertemu di tempat mula-mula kami bertemu dulu sewaktu aku cuba menenangkan perasaan ku terhadap Razman. Ku lontarkan pandanganku jauh disudut tasik yang terbentang indah. Kelihatan beberapa orang remaja sedang berjogging di sebelah hadapan tasik itu. Aku menoleh ke arah beburung yang berterbangan berhampiran dengan tasik itu sambil berkicau riang. Beberapa minit kemudian aku merasakan bahuku di sentuh oleh seseorang. Aku menoleh, kelihatan seorang lelaki yang mula aku rindui berada dihadapan mataku.
“Maafkan Yus, Alia. Lama ke Alia tunggu Yus tadi?”
“Tak juga,” jawabku sambil tersenyum padanya. Dia memandang tepat ke wajahku. Renungan matanya yang tajam membuatkan aku jadi serba salah dan kehilangan kata-kata untuk beberapa ketika.
“Bukankah Alia menyintai Razman selama ini?” tanyanya lembut padaku.
“Memang benar Yus. Alia menyintai Razman sebelum ini, tapi..” Bicaraku seakan terhenti disitu sahaja. Dia masih lagi memandangku tidak mengerti.
“Tapi mengapa Alia? Alia masih belum bersedia ke?”
“Mungkin juga Yus.”
Sebenarnya aku sendiri terkeliru dengan apa yang berlaku. Semuanya berlalu terlalu pantas. Memang aku menyintai Razman selama ini tapi kerana keadaan dan sikap Razman sendiri yang terlalu mementingkan kerjayanya berbanding diriku, aku merasakan yang aku tidak penting dalam hidupnya lagi. Lantaran itu kehadiran Yusri yang sentiasa menemaniku saat aku keseorangan, kesedihan dan tiada siapa yang memahami itu membuatkan diriku menjadi tak menentu tanpa dirinya disisi. Yusri tidak pernah menolak setiap permintaanku berbanding Razman. Yusri tidak pernah mengecewakan aku. Dia sentiasa berada disisiku sewaktu aku mengalirkan air mata. Dia yang memujukku dan memberikanku semangat dan peransang selama ini. Meskikah aku lupakan dirinya semata-mata kerana ingin berumahtangga.
“Sebenarnya apa yang mengganggu hatimu Alia. Ceritakanlah pada Yus agar Yus bisa menyelami hati kecilmu Alia. Agar Yus bisa membantumu dan memberikanmu kekuatan. Agar kau bisa membuat keputusan yang terbaik demi masa hadapanmu.”
Bicara Yusri membuatkan aku terdiam lagi. Sungguh mulia hatinya. Tapi kenapa. Kenapa dia terlalu baik padaku. Apa sebenarnya yang cuba dia lakukan?
“Yusri, maafkan Alia jika Alia bertanya.”
“Tanyalah apa saja Alia. Insya Allah Yus akan jawab dengan sejujurnya padamu.”
“Kenapa Yus terlalu baik pada Alia selama ini? Sedangkan Alia terlalu banyak membebankan Yus, kan. Alia tahu. Yus sentiasa menjadi pendengar setia pada Alia. Yus tak pernah bangkang atau membantah tindak tanduk Alia. Alia tak faham.”
Yusri hanya menundukkan wajahnya. Kata-kata Alia membuatkan dia merasa serba salah untuk berkata-kata lagi. Tapi biarlah dia berterus terang pada gadis dihadapannya itu kerana sampai bila harus dia menyembunyikan segalanya.
“Baiklah Alia. Sebenarnya, Yus memang ikhlas selama ini pada Alia. Yus sendiri tak tahu mengapa tapi itulah yang sebenarnya berlaku. Yus sebenarnya sayangkan Alia tapi Alia kekasih orang dan sekarang bakal suri hidup seseorang. Jadi biarlah Yus simpan saja perasaan Yus dihati. Kerana Yus tidak mahu mengganggu kebahagiaan Alia dengan Razman. Adalah mustahil bagi diri Yus untuk memiliki hatimu tapi Yus cuba memujuk diri dengan cuba menganggap Alia seperti adik sendiri biarpun sebenarnya Yus mula menyimpan perasaan pada Alia sejak kebelakangan ini. Sebab itu kalau Alia perasan, sengaja Yus menjauhkan diri dari Alia agar Alia tidak terlalu bergantung pada Yus. Seksa Alia untuk berjauhan denganmu tapi demi kebahagiaanmu Yus cuba juga.”
Sikap terus terang yang ada pada pemuda itu membuatkan diriku merasa sedih dan terharu. Mungkin itulah sebabnya kerinduan mula bertapak dalam hatiku untuknya. Aku jadi tak keruan dan mulai pasti dengan apa yang aku rasakan selama ini. Mungkinkah cintaku telah mulai berputik padanya. Tapi bagaimana dengan Razman. Ah! Kalut perasaanku memikirkannya.
“Alia, Yus tidak minta Alia menerima Yus kerana Alia adalah milik Razman terdahulu. Tapi setidaknya Yus nak Alia tahu, walaupun antara kita takkan jadi seperti yang Yus harapkan, Yus tetap akan sayang pada Alia dan Yus akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Alia. Terimalah Razman itu sebagai suamimu kerana memang dia berhak menerima cintamu sayang..”
Buntu lagi. Tapi aku mulai menyintai Yusri bukan Razman. Mana mungkin aku menerima Razman tatkala hati ini meruntun meminta kehadiran Yusri dalam hidupku. Aku tak mampu bersuara lagi. “Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan pertunjuk. Aku memang terlalu buntu sekarang.”
Pertemuan itu berakhir begitu sahaja tanpa sebarang jawapan dariku padanya. Namun dia tak pernah mendesakku dan menerima apa jua keputusanku. Malah dia berjanji tidak akan menggangguku sekiranya aku telah diijabkabulkan nanti. Kebahagiaanku adalah kebahagiaannya juga, katanya. Hancur luluh jiwaku dengan kata-katanya itu.
Satu hari aku cuba menghubungi Razman dan mengajaknya keluar dan sekiranya dia tidak mampu juga menemuiku, aku nekad akan memutuskan sahaja perhubungan kami untuk selamanya. Mujurlah Razman berjanji akan menemuiku petang ini.
Petang ini kami bakal bertemu setelah sekian lama tak bertemu. Debaran hatiku kian memuncak. Tapi ianya bukanlah kerana terlalu gembira untuk bertemu tetapi sebalik berdebar kerana apa yang cuba aku sampaikan nanti mungkin akan menghiris hatinya. Aku sebenarnya tidak sanggup menghancurkan hatinya tapi aku sendiri tidak pasti dengan diriku sendiri sekarang. Sebenarnya perasaanku padanya tidak lagi sehebat dahulu. Mungkin benar akan kata-kata yang pernah ku baca di sebuah buku sebelum ini yang berbunyi:
“Jangan sesekali kita membiarkan adanya ruang yang kosong bertapak dihatinya jika kau tidak mahu kehilangannya, malah suburkanlah ianya dengan cinta dan kasih sayang yang mewangi sebagaimana dia berhak menerimanya, agar dirimu tetap bertahta dihatinya selamanya.”
Mungkinkah kerana sikapnya yang terlalu komited dengan tugasnya dan terlalu mengejar kemewahan itu membuatkan diriku sepi dan kosong. Mungkinkah kerana kurangnya perhatiannya maka aku merasa diriku sunyi tanpa belaian kasih seorang insan yang amatku cintai selama ini. Maafkan diriku Razman. Mungkin aku tidak layak bertahta dihatimu lagi. Atau setidaknya berikanlah aku masa untukku rawat perasaan sendiri agar bisa aku pastikan apakah kita bisa sehaluan atau sebaliknya. Ah! Hipokritkah diriku kerana terlalu mementingkan diri. Entahlah. Aku pun tidak mengerti akan apa yang tersirat didalam hati kecilku lagi.
Dilewat pertemuan ini, Razman kelihatan amat kacak sekali. Dia memang seorang jejaka tampan yang terlalu menjaga penampilan dirinya agar kelihatan menarik selalu sedangkan aku pula lebih sukakan yang simple tapi menarik. Kami makan disebuah restoren terletak di Bangsar. Dia hadir bersama sebuah jambangan bunga mawar merah yang segar dan indah buatku. Tapi bukan itu yang ku nantikan darinya.
“Sayang, Man terlalu merinduimu. Man tahu man terlalu lama mengabaikan pertemuan kita. Tapi man minta maaf padamu sayang kerana memang man terlalu sibuk,” ujarnya seakan memujuk diriku.
Bagaikan mengerti sahaja apa yang bakalku luahkan itu, dia terusan memujukku dengan kata-kata yang lembut. Tapi entah mengapa kali ini hatiku tidak lagi cair akan kata-katanya itu.
“Razman. Sebenarnya apa yang cuba Alia sampaikan ini adalah demi masa depan kita.”
Razman terdiam. Dia mengerti memang silapnya kerana selalu gagal menepati janji untuk meluangkan masa bersama insan yang amat dicintai itu tapi apakan daya bebanan tugas benar-benar mencabar kemampuannya selama ini.
“Razman… sebenarnya Alia tidak bersedia untuk berumahtangga lagi. Maafkan Alia.”
“Tapi mengapa sayang? Alia tak yakin dengan cinta Man lagi ke?” soalnya sambil memandang tepat ke sepasang mataku.
“Man, tolong faham. Selama ni Alia terlalu banyak bersabar dengan tugas Man. Alia selalu mengalah dengan apa jua keadaan Man. Tapi Man harus ingat bila kita berumahtangga nanti, hati Alia akan sepi tanpa kehadiran seorang suami yang sepatutnya berada disisi isterinya. Sanggupkah Man membiarkan Alia sendirian dirumah sedangkan masa Man terlalu suntuk untuk diri sendiri? Man, sebelum ini Alia amat menyintaimu sepenuh hati kerana Man sentiasa mengisi hati Alia dengan cinta yang sejati dan suci tapi setelah kenaikan pangkat Man, hati Alia merasa kosong dan sepi. Man tiada setiap kali Alia perlukan Man. Man tahukan Alia berpenyakit sejak dulu. Man boleh terima keadaan Alia tapi setiap kali Alia sakit, man tiada.”
Razman terdiam seketika dan merasa terpukul bila mendengar kata-kataku itu. Apa yang terucap dari bibirku memang telah terbukti kebenarannya.
“Alia, Man tahu Man bersalah… Tapi tidak bolehkah Alia beri peluang agar Man buktikan yang Man akan cuba untuk memperbaiki keadaan kita. Man sayangkan Alia. Man mahukan Alia menjadi permaisuri dalam hidup Man dan melahirkan zuriat man.”
“Razman… dapatkah awak pastikan yang bila kita berumahtangga nanti awak akan dapat meluangkan masa untuk saya dan anak-anak kita sedangkan tuntutan kerjaya awak begitu penting pada awak, man. Bukan kekayaan yang Alia kejari. Bukan kemewahan yang melimpah ruah yang Alia inginkan tapi cukuplah sekadar kasih sayang dan perhatian seorang insan bernama kekasih dan suami.”
“Jadi bagaimana dengan perhubungan kita sekarang sayang?”
“Entahlah Razman. Mungkin kita perlukan masa untuk berfikir tentang hubungan ini sama ada ingin meneruskan atau sebaliknya. Arah dan tujuan kita tidak sehaluan sayang.. Maafkan Alia.”
Airmataku berlinangan ke pipiku dengan keputusan yang telahku lakukan ini. Memang agak sukar untukku berbuat begini. Biarpun pahit tapi ianya terpaksaku lepaskan demi masa depan kami. Memang aku masih menyayanginya tapi kerana dia telah membiarkan ruang kosong dihati ini mulai bertapak sehinggakan aku mulai merasakan ketiadaannya tidak bisa merubah apa-apa lagi padaku, jadi aku terpaksa berbuat sesuatu sebelum terlambat. Mungkin ini adalah jalan terbaik buat kami. Seandainya memang jodoh kami kuat, satu masa nanti kami tetap akan bersatu jua. Tapi biarlah itu semua di tentukan olehNya.
Selepas pertemuan akhir itu, Razman sudah tidak lagi menghubungiku. Mungkin kerana dia juga sudah bisa menerima hakikatnya atau mungkin juga dia merasakan kebenaran kata-kataku itu. Ah! Lelaki sepertinya, hari ini aku tiada esok lusa ramai yang mendatangi hidupnya pula. Kerana jawatan dan kekacakkan yang ada padanya sentiasa menarik perhatian semua. Tapi bukan itu yang ku mahukan dalam hidup ini.
Perjalanan hidupku masih seperti biasa. Sinaran mentari tetap lagi bersinar indah dikaki langit. Adakalanya hidup bersendirian lebih baik dari berteman jika diri ini tidak dihargai. Tiba-tiba aku teringatkan Yusri. Apa khabar dia sekarang. Mengapa terlalu lama dia menyepikan dirinya padaku. Kali ini aku yang mengambil keputusan menghubungi dirinya.
“Assalamualaikum Yusri. Ingat tak siapa ni?”
“Waalaikumsalam. Eh! Alia. Masakan Yus boleh melupaimu. Alia sentiasa dalam hati Yus tau.”
“Yelah tu yus. Kalau sentiasa dihati mengapa lama tak berhubung?”
“Alahai orang tu kan nak naik pelamin. Yus tunggu juga kad jemputan Alia tapi yalah mungkin Alia lupa pada Yus. Ha ni panggil Yus ni kerana nak bagi kad jemputan ke?”
“Eh! Tidaklah. Alia tak jadi kahwin la.”
“Eh! Betul ker ni Alia. Tapi mengapa? Apa yang dah berlaku antara kalian berdua ni?” Walaupun dia agak tersentak namun tetap menampakkan sinar kegembiraan disebalik pertanyaan itu.
“Alah! Panjang ceritanya. Nantilah Alia ceritakan ya. Eh! Awak tak mahu jumpa Alia ke?”
“Boleh Alia. Sekarang pun Yus boleh datang untuk Alia.”
“Eh! Yusri ni. Sampai macam tu sekali.”
“Apa saja untukmu Alia.”
Hatiku berbunga riang dengan perbualan ini. Malam itu Yusri berjanji akan menjemputku untuk makan malam bersama. Sebenarnya ada kerinduan yang tersirat dihati kecilku padanya. Kerinduan setiap kali dia cuba menjauhkan diri dariku. Tapi kerinduan itu akan terubat jua malam ini.
Malam itu kami mengaturkan pertemuan di sebuah restoran berhampiran dengan KLCC. Seperti biasa kami memesan makan bersama dan menikmati hidangan makan malam dengan penuh ketenangan. Selesai menikmati hidangan makan malam, aku mula menceritakan apa yang terjadi antara diriku dan Razman sekarang.
Yusri mendengar dengan penuh minat. Sesekali dia melemparkan senyuman padaku. Ada sinar kebahagiaan diruang matanya tatkala mendengar apa yang telahku sampaikan tadi.
“Sekarang ni mungkin akan ada peluang untuk Yus untuk mengisi ruang hatimu yang kosong itu kan, Alia,” usiknya membuatkan mukaku merah padam menahan malu.
Dia hanya tersenyum melihatku tertunduk malu.
“Alia, dengar sini apa yang Yus ingin katakan. Sekarang adalah masa paling sesuai untuk Yus luahkan apa yang pernah terbuku dan tersimpan dalam hati Yus selama ini.”
Aku mendengar dengan penuh minat. Aku hanya mendiamkan diri tanpa membantah dihadapan dan membiarkan dia bersuara.
“Dulu Yus pernah beritahu pada Alia yang Yus sayangkan Alia kan? Tapi masa tu Alia bersama Razman, jadi Yus tak mahu menjadi orang ketiga dalam hubungan kalian berdua. Jesteru itu Yus lebih banyak menjauhkan diri darimu.
Sememangnya hati dan perasaan tidak bisa dibohongi. Setiap kali berjauhan denganmu hati Yus sentiasa dibaluti kerinduan yang menebal. Sehinggakan adakalanya Yus menyalahkan diri sendiri kenapa harus Yus jatuh cinta pada milik orang lain. Sebenarnya masa yang pernah kita luangkan bersama itulah menyebabkan Yus menyedari yang Yus telah jatuh hati padamu sejak mula-mula melihat Alia menangis di hadapan tasik titiwangsa dulu. Airmatamu membuatkan hati Yus meruntun pilu. Lantaran itu Yus menegur dirimu.
Yus pernah alami kekecewaan satu masa dulu ketika isteri kesayangan Yus minta dilepaskan. Sedangkan Yus masih menyintainya. Tapi dia nekad untuk berpisah juga. Jadi yus terpaksa lepaskan seandainya itu yang terbaik untuknya. Sejak itu Yus tak pernah terbuka hati untuk jatuh cinta dengan mana-mana wanita. Yus sedih mengenangkan anak-anak Yus yang masih kecil itu terpaksa melihat perpisahan kami tapi apakan daya andai itu suratan yang tertulis untukku.
Semenjak bertemu denganmu Alia, hati Yus sentiasa dibaluti kerinduan yang tiada berpenghujung. Semakin cuba untuk Yus lupakan semakin kuat pula perasaan cinta dihati ini untukmu. Tapi Yus tidak sesekali memaksa hatimu untuk menerima Yus. Cuma seandainya, ada rezeki dan jodoh kita. Mungkin Alia akan terima diri Yus seadanya.”
Kata-kata yang terucap itu membuatkan diriku agak gugup kerana aku merasakan yang diriku amat disayangi olehnya. Memang lelaki seperti ini yang sering aku idamkan dalam tidurku selama ini. Lelaki yang bisa menyintaiku sepenuh hatinya. Yang sentiasa berada disisiku tatkala aku memerlukannya. Jesteru itu juga perasaanku semakin menghilang pada Razman yang mulanya amatku kasihi. Ya kehadirannyalah yang membuka ruang dihatiku seluasnya untuk mengenal erti kasih dan rindu.
“Mahukah Alia member peluang pada Yus untuk mengisi ruang hatimu itu?” ujarnya lembut.
Aku hanya tersenyum dan mengangguk lemah. Yusri menggenggam erat kedua belah tanganku dan dibawanya ke dadanya. Hatiku berdegup kencang saat itu. Wajahku tertunduk malu.
“Ah! Aku dilamun cinta lagi,” jerit hatiku riang.
Moga esok menjadi milik kami dan bisa menjanjikan sebuah episod cinta yang tiada bertepi. Aku mengharapkan kehadirannya lebih dari sekadar sinaran pelangi yang muncul selepas hujan. BIarpun berstatus duda tapi dia jauh lebih memahami diriku.
“Ya Allah, terima kasih kerana pertemukan aku dan dia… Restuilah cinta kami hingga ke syurga kerana aku amat menyintainya sehingga nadiku terhenti..,” doaku setiap kali menunaikan solat.